Seksyen 10
of Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran) 1997
Seksyen 10
Tertakluk kepada subseksyen (2), semua undang-undang bertulis, termasuk perundangan subsidiari, yang menyentuh atau bagi pelindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh pembubaran hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh
Menteri, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.
(2)
Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis tentang Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang syarikat pengganti dan ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
(3)
Apabila Lembaga dibubarkan, segala kuasa dan kewajipan
Lembaga di bawah subseksyen 6(1) Akta Pemerbadanan itu hendaklah turun kepada syarikat pengganti.
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan 15
Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran)
(4)
Bagi maksud subseksyen (3), apa-apa ubah suaian yang dinyatakan dalam subseksyen 6(2) Akta Pemerbadanan itu hendaklah terpakai kepada syarikat pengganti dan apa-apa sebutan tentang
Lembaga dalam subseksyen itu, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang syarikat pengganti dan Diperbadankan ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.