Seksyen 8
of Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran) 1997
Seksyen 8
Syarikat pengganti hendaklah menerima ke dalam penggajiannya pada tarikh peletakhakan tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu ialah anggota kakitangan Lembaga dan yang telah diberi pilihan oleh Lembaga dan telah membuat pilihan untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti itu.
(2)
Tiap-tiap orang yang telah membuat pilihan di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah diambil kerja oleh syarikat pengganti itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh peletakhakan.
14 Undang-undang Malaysia AKTA 570