Skip to content

Seksyen 11

of Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran) 1997

ActIn forceProvision 11 of 11

Seksyen 11

(1)

Jika apa-apa kesulitan atau anomali timbul berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan Akta ini sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghapuskan atau mencegah kesulitan atau anomali itu:

Dengan syarat bahawa Menteri tidaklah boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas tamat tempoh tiga tahun dari tarikh pembubaran.

(2)

Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan, dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

_________________________

16

Akta 570

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

17

Akta 570

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─