Skip to content

Seksyen 52

Perintah mahkamah

of Akta Levi Pelepasan 2019

ActIn forceProvision 52 of 66
Seksyen 52
(1)

Jika mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu membayar kepada Ketua

Pengarah amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar atau apa-apa penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini, jika ada, sebagaimana yang diperakui oleh Ketua Pengarah dan levi pelepasan atau penalti itu hendaklah didapatkan semula mengikut cara yang sama sebagaimana suatu denda yang diperuntukkan di bawah seksyen 283

Kanun Tatacara Jenayah.

(2)

Jika mana-mana orang itu didapati tidak bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan jika dia telah membayar amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar berkenaan dengan kesalahan yang dipertuduh, mahkamah boleh memerintahkan supaya amaun yang telah dibayar itu dibayar balik kepada orang itu jika tiada notis rayuan difailkan.