Skip to content

Seksyen 53

Obligasi kerahsiaan

of Akta Levi Pelepasan 2019

ActIn forceProvision 53 of 66
Seksyen 53
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 54, nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat pemberi maklumat atau apa-apa maklumat lain yang boleh membawa kepada identiti pemberi maklumat itu dan bahan maklumat yang diterima daripada pemberi maklumat hendaklah disimpan sebagai rahsia dan tidak boleh dizahirkan oleh mana-mana pegawai kastam atau mana-mana orang yang dalam penjalanan biasa kewajipannya memiliki, atau mempunyai kawalan ke atas atau akses kepada,

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

maklumat itu kepada mana-mana orang kecuali pegawai kastam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.