Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian III
Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian III
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Majlis hendaklah bermesyuarat sebagaimana dan apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Pengerusi Majlis.
Pengerusi dan empat orang anggota lain Majlis hendaklah membentuk kuorum dalam mana-mana mesyuarat Majlis.
Jika atas apa-apa persoalan yang hendaklah diputuskan oleh Majlis terdapat pembahagian undi yang sama banyak,
Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.