Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian III

16. Pengisytiharan kepentingan benefisial

Jika mana-mana anggota Majlis mempunyai apa-apa kepentingan benefisial dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Majlis, dia hendaklah mengisytiharkan kepada Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu jenis dan takat kepentingannya dalam perkara itu dan

Majlis hendaklah memutuskan sama ada dia boleh atau tidak mengambil bahagian dalam mesyuarat Majlis apabila perkara itu sedang dipertimbangkan walau apa pun kepentingannya dalam perkara itu.

Report