Akta Mata Wang 2020 · Updated to 28 Feb 2020 · Bahagian II · Kuasa yang Berhubungan Dengan Mata Wang
12. Penyimpanan selamat mata wang yang belum dikeluarkan, dsb
Feedback & supportBank hendaklah, mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Bank—
(a)
mengatur penyimpanan selamat mata wang kertas atau mata wang syiling yang belum dikeluarkan; dan
(b)
menyediakan dan menyimpan instrumen dan bahan yang digunakan bagi pengeluaran, pencetakan atau penempaan mata wang kertas atau mata wang syiling.