Akta Mata Wang 2020 · Updated to 28 Feb 2020 · Bahagian II · Kuasa yang Berhubungan Dengan Mata Wang
14. Penarikan mata wang
Feedback & supportBank boleh mengambil semua langkah yang difikirkan patut oleh Bank untuk menarik daripada peredaran—
(a)
apa-apa mata wang kertas termasuk mata wang kertas yang rosak atau tidak layak untuk edaran;
(b)
apa-apa mata wang syiling termasuk mata wang syiling yang telah haus atau telah dibega; dan
(c)
apa-apa mata wang kertas dan mata wang syiling yang telah dipanggil balik menurut seksyen 13.