Akta Mata Wang 2020 · Updated to 28 Feb 2020 · Bahagian V · Penguatkuasaan
51. Rayuan terhadap penalti monetari
Feedback & supportMana-mana orang yang terkilan dengan suatu keputusan
Bank di bawah subseksyen 50(3) yang berkenaan dengan suatu tindakan yang diambil di bawah perenggan 48(1)(c) boleh, dalam tempoh dua puluh satu hari selepas orang itu dimaklumkan mengenai keputusan Bank, membuat suatu rayuan dengan memfailkan suatu notis kepada Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari.
Keputusan Bank di bawah subseksyen 50(3) yang berkenaan dengan suatu tindakan yang diambil di bawah perenggan 48(1)(c)
tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diputuskan.
Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari boleh memutuskan untuk mengesahkan keputusan Bank atau menghendaki Bank untuk mempertimbang semula dan mencapai suatu keputusan mengikut dapatan Jawatankuasa itu.
Tindakan jenayah
Kesalahan oleh orang yang bertindak dalam jawatan rasmi