Akta Mata Wang 2020 · Updated to 28 Feb 2020 · Bahagian V · Penguatkuasaan
52. Section 52
Feedback & supportJika suatu kesalahan dilakukan oleh suatu pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan, seseorang yang sedang menjadi pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya, atau mana-mana orang yang terlibat dalam pengendalian atau pengurusannya, pada masa berlakunya kesalahan itu disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya dalam jawatan itu dan hal keadaan itu.
Seorang orang sebenar boleh didakwa atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) tanpa mengira—
bahawa tiada pendakwaan telah dimulakan terhadap pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan itu; atau 36
Undang-Undang Malaysia
bahawa pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan itu tidak disabitkan dengan kesalahan itu.
Subseksyen (1) tidak menjejaskan liabiliti jenayah pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan itu bagi kesalahan yang disebut dalam subseksyen itu.