Akta Mata Wang 2020 · Updated to 28 Feb 2020 · Bahagian VI
60. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh, atas syor Bank, membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan—
bagi fi yang kena dibayar kepada Bank berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini;
bagi pendaftaran seseorang pemproses mata wang berdaftar;
dan
bagi apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan mata wang.
Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan untuk menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
40
Undang-Undang Malaysia
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikaitkan dengan semua atau apa-apa golongan, kategori atau perihalan orang, dan Menteri, atas syor Bank, boleh membuat peruntukan yang berlainan bagi golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.