Akta Mata Wang 2020 · Updated to 28 Feb 2020 · Bahagian VI
63. Peruntukan berhubungan dengan kelulusan, standard, spesifikasi, notis, kehendak, arahan, perintah atau garis panduan
Feedback & supportApa-apa kelulusan yang diberikan, atau standard, spesifikasi, notis, kehendak, arahan, perintah atau garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini—
boleh diberikan atau dibuat secara am atau khusus; dan
boleh dipinda atau dibatalkan oleh Bank.
Apa-apa standard, spesifikasi, notis, kehendak, arahan, perintah atau garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.
Apa-apa kelulusan yang diberikan, atau standard, spesifikasi, notis, kehendak, arahan, perintah atau garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dikeluarkan atau dimaklumkan mengikut cara yang difikirkan patut oleh Bank.