Skip to content

Seksyen 75

Pencegahan anomali

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011

Amendment ActIn forceProvision 76 of 76
Seksyen 75
(1)

Jika mana-mana kesulitan timbul berkenaan dengan pemakaian mana-mana satu atau lebih peruntukan yang dimasukkan atau dipinda oleh Akta ini dan peruntukan kecualian dan peralihan,

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa ubah suaian dalam mana-mana satu peruntukan atau lebih yang ternyata olehnya perlu untuk memberi kesan sepenuhnya kepada peruntukan Akta ini atau untuk mencegah anomali.

(2)

Menteri tidak boleh menggunakan kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1) selepas tamat dua tahun dari tarikh kuat kuasa.

(3)

Dalam seksyen ini—

“tarikh kuat kuasa” ertinya tarikh atau tarikh-tarikh relevan apabila Akta ini atau mana-mana peruntukannya berkuat kuasa;

dan

“ubah suaian” ertinya pindaan, penambahan, pemotongan dan penggantian bagi mana-mana peruntukan Akta ini.