Akta Pekerja Gig 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian III · Pekerja Gig
10. Hak pekerja gig untuk menyertai, mengambil bahagian dalam atau menubuhkan persatuan pekerja gig
Feedback & supportApa-apa terma dan syarat perjanjian perkhidmatan hendaklah terbatal jika terma dan syarat itu, dalam apa-apa cara, menyekat atau tidak memasukkan hak pekerja gig—
(a)
untuk bersekutu dengan mana-mana orang lain bagi penubuhan persatuan pekerja gig;
Undang-Undang Malaysia 16
(b)
untuk menyertai mana-mana persatuan pekerja gig; atau
(c)
untuk mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan pekerja gig, sama ada pekerja gig itu memegang jawatan dalam persatuan itu atau sebaliknya.