Skip to content

Seksyen 15

Keutamaan pendapatan daripada hutang lain

of Akta Pekerja Gig 2025

ActIn forceProvision 15 of 112
Seksyen 15
(1)

Jika dengan perintah mahkamah yang dibuat atas permohonan pemiutang bercagar atau orang yang bertanggungjawab di bawah mana-mana peruntukan Akta ini untuk membayar pendapatan yang kena dibayar kepada mana-mana pekerja gig, atau apa-apa wang yang kena dibayar kepada orang yang bertanggungjawab ditahan atau digarnis, mahkamah atau penerima atau pengurus tidak boleh membenarkan pembayaran hasil jualan, atau wang yang ditahan atau digarnis itu, kepada pemiutang bercagar atau pemegang debentur sehingga mahkamah atau penerima atau pengurus telah menentukan dan menyebabkan dibayar, daripada hasil jualan atau wang itu, pendapatan pekerja gig itu, yang orang yang bertanggungjawab adalah bertanggungan untuk membayar pada tarikh penjualan, penahanan atau pengarnisan itu:

Dengan syarat bahawa jumlah amaun pendapatan mana-mana pekerja gig yang menjadi keutamaan daripada tuntutan seseorang pemiutang bercagar yang diberikan di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi amaun yang kena dibayar oleh entiti kontrak kepada pekerja gig sebagai pendapatan bagi mana-mana empat bulan perkhidmatan berturut-turut.

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

“pemiutang bercagar” termasuklah mana-mana orang yang memegang suatu gadai janji, gadaian, lien atau dekri;

“orang yang bertanggungjawab” termasuklah mana-mana orang yang menggunakan haknya di bawah suatu debentur bagi mana-mana harta.