Akta Pekerja Gig 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian X · Pelbagai
112. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan—
(a)
tatacara bagi prosiding pendamaian dan apa-apa perkara yang berkaitan;
(b)
tatacara, prosiding dan fi di bawah Bahagian V;
(c)
kesalahan yang boleh dikompaun, borang yang digunakan, dan kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan di bawah Akta ini;
(d)
apa-apa perkara yang perlu ditetapkan oleh Menteri di bawah Bahagian VIII; dan
(e)
apa-apa perkara lain untuk melaksanakan peruntukan
Akta ini dengan lebih baik.