Akta Pekerja Gig 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian IV · Bahagian IV Akta ini dan boleh memberikan apa-apa award yang difikirkan adil dan wajar.
36. Hak untuk hadir semasa pendengaran
Feedback & support(1)
Semasa pendengaran, tiap-tiap pihak kepada prosiding berhak untuk hadir dan didengar.
(2)
Bagi maksud apa-apa pendengaran suatu aduan di bawah
Bahagian ini—
(a)
seseorang entiti kontrak boleh diwakili oleh pekerjanya yang diberi kuasa sewajarnya; atau
(b)
seseorang pekerja gig boleh diwakili oleh mana-mana pegawai rasmi atau ahli persatuan pekerja gig yang diberi kuasa atau oleh mana-mana ahli keluarganya.
(3)
Kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (2), tiada pihak boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara.