Tourism Vehicles Licensing Act 1999 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Rayuan
17. Larangan terhadap permohonan yang serupa apabila permohonan terdahulu masih dalam rayuan
Feedback & support(1)
Jika sesuatu permohonan dibuat di bawah Akta ini dan
Pesuruhjaya membuat keputusan untuk menolaknya atau meluluskan sebahagiannya sahaja dan pemohon selepas itu merayu terhadap keputusan itu, dia tidaklah boleh kemudiannya membuat permohonan yang serupa di bawah Akta ini berkenaan dengan kenderaan daripada kelas dan jenis yang sama tanpa mengira bilangan kenderaan pelancongan yang dipohon, sehingga rayuan itu telah diputuskan atau dibereskan oleh Menteri.
(2)
Sekiranya mana-mana lesen diberikan, sama ada hasil daripada rayuan atau permohonan yang kemudian itu, atau kedua-duanya, lesen yang diberikan sedemikian hendaklah terbatal dan tidak mempunyai kuat kuasa.