Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian III · Rayuan

18. Penyerahan balik lesen

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu rayuan ditolak di bawah seksyen 15, pemegang lesen hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis penolakan rayuan itu disampaikan kepadanya, menyerahkan balik lesennya kepada Pesuruhjaya.

(2)

Mana-mana orang yang tidak menyerahkan balik lesennya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian IV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian V

Pelbagai