Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2013Read it in English

Bahagian II · Pihak Berkuasa Penyiasat

6. Section 6

Feedback & support
(1)

Pihak berkuasa penyiasat hendaklah melaksanakan apa-apa tugas dan fungsi dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

(2)

Penjalanan penyiasatan yang berhubungan dengan kemudaratan yang serius atau ancamannya hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Pihak berkuasa penyiasat hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta ini dalam menjalankan fungsi yang ditugaskan kepadanya di bawah Akta ini.

(4)

Mengenai apa-apa prosiding di bawah Akta ini, pihak berkuasa penyiasat tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang berhak diperlakukan sebagai sulit di bawah Akta ini.

(5)

Pihak berkuasa penyiasat boleh meminta secara terus daripada pihak berkepentingan yang turut serta, ejen kastam, syarikat pemeriksa, syarikat penghantar, dan perusahaan dan entiti lain bagi sektor awam dan swasta, apa-apa data dan maklumat yang dianggap relevan bagi pelaksanaan tugas, fungsi dan kuasa mereka. Pihak yang menerima permintaan itu hendaklah menyediakan maklumat yang diminta, dan maklumat itu hendaklah diletakkan dalam fail awam.

(6)

Pihak berkuasa penyiasat boleh memutuskan untuk menentusahkan ketepatan apa-apa maklumat yang dikemukakan semasa suatu penyiasatan atau kajian semula sebagaimana yang ditetapkan.

Report

Bahagian III

Penentuan Kemudaratan yang Serius atau Ancaman Kemudaratan yang Serius dan Hubungan Bersebab

Bahagian IV

Penyiasatan

Bahagian V

Langkah Perlindungan Muktamad

Bahagian VI

Kajian Semula Langkah Perlindungan

Bahagian VII

Pengenaan Semula Suatu Langkah Perlindungan

Bahagian VIII

Pelbagai