Safeguards Act 2006 · Updated to 1 Dec 2013 · Bahagian II · Pihak Berkuasa Penyiasat
7. Kuasa untuk mewakilkan
Feedback & supportMenteri boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, kepada seseorang atau golongan orang dan orang atau golongan orang yang kepadanya fungsi itu diwakilkan boleh melaksanakan fungsi itu mengikut cara yang sama dan dengan
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 657
kesan yang sama seolah-olah fungsi itu telah diberikan kepadanya atau mereka di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Seseorang atau golongan orang yang berupa sebagai bertindak menurut pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, jika tiada bukti yang berlawanan, dianggap sebagai bertindak mengikut terma pewakilan itu.
Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.