Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian II · Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan
15. Minit
Feedback & support(1)
Setiausaha hendaklah menyebabkan minit semua mesyuarat Majlis disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2)
Apa-apa minit yang dibuat mengenai sesuatu mesyuarat
Majlis hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang tanpa pembuktian selanjutnya.
(3)
Tiap-tiap mesyuarat Majlis berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak untuk bertindak dengan sewajarnya.