Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian IV · Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
20. Penubuhan Standard
Feedback & supportKetua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi mewujudkan Standard bagi maksud Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan.
Ketua Pengarah boleh, mengikut budi bicaranya, membenarkan mana-mana orang, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan bagi pihaknya.
Semua Standard yang dibangunkan di bawah subseksyen (1) dan (2), hendaklah menjadi harta Kerajaan.
18
Undang-Undang Malaysia
Semua Standard yang dibangunkan di bawah subseksyen (1) dan (2), hendaklah dikemukakan kepada Majlis untuk kelulusan.
Atas kelulusan oleh Majlis di bawah subseksyen (4), Standard itu hendaklah menjadi sebahagian daripada Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan.