Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2006Read it in English

Bahagian III · Pelantikan Pegawai

17. Pelantikan pegawai

Feedback & support
(1)

Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Menteri, hendaklah melantik seorang pegawai awam untuk menjadi Ketua Pengarah

Pembangunan Kemahiran bagi maksud menjalankan kuasa, melaksanakan fungsi dan menunaikan kewajipan yang diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subsekyen (1)

atas kuasa, fungsi dan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a)

pentauliahan program latihan kemahiran; dan

(b)

pentadbiran dan pengawalan Sistem Persijilan Kemahiran

Malaysia.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai suatu meterai rasmi bagi pengesahan dokumen yang dikehendaki bagi maksud menjalankan kuasa, melaksanakan fungsi dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini.

(4)

Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Menteri, boleh melantik seorang pegawai awam menjadi Timbalan Ketua Pengarah

Pembangunan Kemahiran, sebagaimana yang perlu bagi maksud

Akta ini.

(5)

Menteri boleh melantik seorang pegawai awam menjadi

Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah,

Penolong Kanan Pengarah dan Penolong Pengarah dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini.

(6)

Jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah tidak dapat menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya atau menunaikan kewajipannya, kuasa itu hendaklah diambil alih dan bolehlah dijalankan, fungsinya dilaksanakan dan kewajipannya ditunaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah.

Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 17

Report

Bahagian IV

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan

Bahagian V

Pentauliahan

Bahagian VI

Rayuan

Bahagian VII

Sijil dan Pengiktirafan

Bahagian VIII

Pemeriksaan Penyedia Latihan Kemahiran

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XI

Bahagian XII

Peruntukan Peralihan dan Kecualian