Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian VII · Sijil dan Pengiktirafan
36. Pengiktirafan kelayakan kemahiran lain
Feedback & support(1)
Majlis boleh memberi pengiktirafan kepada mana-mana kelayakan kemahiran yang dikeluarkan oleh mana-mana badan atau organisasi di dalam dan di luar Malaysia sebagai setaraf dengan Sijil yang dianugerahkan di bawah seksyen 34.
(2)
Bagi maksud pengiktirafan di bawah subseksyen (1), Majlis boleh menubuhkan suatu jawatankuasa penilaian dan pengiktirafan untuk menasihat dan membuat cadangan kepada Majlis ke atas perkara yang berhubungan dengan pengiktirafan itu.