Seksyen 37
Kriteria penerimaan arus karbon dioksida bagi maksud penyimpanan daratan
of Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025
Tiada pengendali daratan boleh menerima dan menyuntik arus karbon dioksida ke dalam suatu tapak penyimpanan di kawasan daratan melainkan jika arus karbon dioksida itu mematuhi kriteria penerimaan arus karbon dioksida yang dinyatakan dalam seksyen 28.
(2)
Pengendali daratan hendaklah menyimpan suatu daftar kuantiti dan sifat arus karbon dioksida yang diterima dan disuntik, termasuk komposisi arus itu.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 29