Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 · Updated to 1 Aug 2025 · Bahagian VII · Penilaian dan Penyimpanan Kekal di Kawasan Daratan
35. Kehendak suatu lesen penyimpanan daratan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh menjalankan pengendalian tapak penyimpanan di kawasan daratan Malaysia bagi penyimpanan kekal karbon dioksida yang diperangkap di dalam atau di luar
Malaysia tanpa suatu lesen penyimpanan daratan yang dikeluarkan oleh Agensi.
Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan daratan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan.
Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan daratan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum lesen penyimpanan daratan itu diberikan atau ditolak.
28
Undang-Undang Malaysia
Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) diterima dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau kedua-duanya.