Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 · Updated to 1 Aug 2025 · Bahagian VII · Penilaian dan Penyimpanan Kekal di Kawasan Daratan
36. Pemberian lesen penyimpanan daratan
Feedback & support(1)
Agensi boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi lesen penyimpanan daratan di bawah seksyen 35 dan selepas berpuas hati bahawa semua kehendak telah dipenuhi, memberi atau menolak pengeluaran lesen penyimpanan daratan itu.
(2)
Agensi boleh mengenakan syarat yang difikirkannya sesuai, dalam memberikan lesen penyimpanan daratan itu.