Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian II · Kuasa Ketua Pengarah dan Pegawai Kesihatan

10A. Kuasa untuk menghendaki maklumat dan memeriksa orang

(1)

Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor yang membuat suatu penyiasatan dan pemeriksaan di bawah Bahagian ini mempunyai kuasa untuk menghendaki maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada mana-mana orang yang mengetahui fakta dan hal keadaan perkara yang sedang disiasat.

(2)

Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh Ketua

Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor supaya memberikan maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi kehendak itu atau memberikan sebagai maklumat benar apa-apa maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu, tidak benar atau tidak betul, keseluruhannya atau sebahagiannya, melakukan suatu kesalahan.

(3)

Jika apa-apa maklumat yang diberikan di bawah subseksyen

(2)

dibuktikan palsu, tidak benar atau tidak betul, keseluruhannya atau sebahagiannya, tidak menjadi suatu pembelaan dakwaan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagiannya telah disalahtafsirkan atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau tipuan.

(4)

Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh menjalankan mana-mana atau semua kuasa yang diberikan oleh seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan seksyen 112 hingga 114 Kanun itu hendaklah terpakai bagi pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa dalam penjalanan penyiasatan itu.

Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 15

Report

Bahagian III

Kesalahan dan Kewajipan Lain Pemunya dan Penduduk

Bahagian IV

Pelbagai