Destruction of Disease-Bearing Insects Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Kuasa Ketua Pengarah dan Pegawai Kesihatan
8. Kuasa am untuk mengarah atau mengambil langkah supaya serangga pembawa penyakit dibinasakan, dsb
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor berpendapat bahawa sesuatu premis atau apa-apa jua di dalamnya mungkin membiakkan atau memberi perlindungan kepada apa-apa serangga pembawa penyakit, dia boleh secara bertulis memerintahkan pemunya atau penduduk itu mengambil langkah-langkah tertentu atau membuat apa-apa kerja berkenaan dengan premis itu atau untuk merawat, memusnah atau membuang apa-apa jua di dalamnya supaya premis itu atau keadaan di dalamnya tidak sesuai untuk pembiakan atau perlindungan bagi serangga pembawa penyakit.
Tanpa menyentuh keluasan kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor boleh secara bertulis memerintahkan pemunya atau penduduk sesuatu premis mengambil atau menjalankan mana-mana langkah atau kerja yang berikut:
memusnahkan serangga pembawa penyakit di mana jua dijumpai;
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 11
memungut dan membuang tin, kaling, botol atau bekas lain yang dalamnya serangga pembawa penyakit boleh membiak;
memotong dan membuang rumput, tunggul buluh, paku pakis atau tumbuhan bawah yang dalamnya serangga pembawa penyakit mungkin membiak atau berlindung;
menutup dan sentiasa ditutup apa-apa tangki, sisten, bekas atau penakung lain di dalam premis;
membina saliran bagi premis;
menimbus lubang yang didapati di permukaan premis;
menggunakan racun serangga pada kolam, perigi atau takungan lain air, vesel, kandang kuda, kandang babi, kandang lembu, reban ayam atau tempat lain yang digunakan untuk melindungi binatang; dan
pada amnya mencegah serangga pembawa penyakit daripada membiak atau mendapat perlindungan.
Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor boleh di dalam perintah yang sama mengarahkan—
tempoh yang di dalamnya langkah-langkah atau kerja tertentu itu hendak diambil atau dilakukan atau disudahkan;
supaya premis itu atau mana-mana bahagian premis itu ditutup sehingga langkah-langkah atau kerja tertentu itu diambil atau dilakukan atau disudahkan dan premis itu tidak lagi boleh membiakkan atau memberikan perlindungan kepada serangga pembawa penyakit;
lat tempoh yang di dalamnya langkah-langkah atau kerja tertentu itu boleh diambil atau dilakukan; dan
bahawa langkah-langkah atau kerja tertentu itu hendaklah diambil atau dilakukan sehingga premis atau apa-apa jua di dalamnya tidak lagi boleh membiakkan atau memberi perlindungan kepada serangga pembawa penyakit.
Perintah di bawah seksyen ini boleh diberi kepada pemunya atau penduduk sesuatu premis dan seseorang yang berada di dalamnya, termasuklah ejen dan orang gajinya.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 12
Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor boleh, jika pada pendapatnya keadaan membenarkan, dengan sendiri mengarahkan sesuatu langkah atau kerja yang ditetapkan dalam subseksyen itu diambil atau dibuat tetapi di dalam tiap-tiap hal sedemikian Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor hendaklah memberitahu pemunya atau penduduk itu mengenai jenis langkah atau kerja yang dicadang hendak diambil atau dibuat itu.
Tertakluk kepada seksyen 17, jika pemunya atau penduduk sesuatu premis yang terhadapnya sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2) telah disampaikan tidak mematuhi syarat-syarat perintah itu, Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai
Kesihatan atau seseorang inspektor boleh mengambil dan membuat terhadapnya atau di dalamnya mana-mana daripada langkah-langkah atau kerja yang dikehendaki diambil atau dibuat oleh perintah tersebut.
Jika Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor dengan sendirinya mengarahkan sesuatu langkah atau kerja diambil atau dibuat di bawah subseksyen (5) atau (6)
apa-apa kos dan perbelanjaannya boleh diperoleh semula olehnya daripada pemunya atau penduduk premis yang berkenaan.
Seseorang yang membuang atau menyebabkan kurang berkesan apa-apa racun serangga yang digunakan oleh Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor atau enggan, tidak atau cuai mematuhi sesuatu perintah bertulis yang dibuat menurut subseksyen (1) atau (2) atau mengganggu atau membuang apa-apa jua yang dibuat oleh Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai
Kesihatan atau seseorang inspektor di bawah subseksyen (5) atau
bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Bahagian III
Kesalahan dan Kewajipan Lain Pemunya dan Penduduk
Bahagian IV