Destruction of Disease-Bearing Insects Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Kesalahan dan Kewajipan Lain Pemunya dan Penduduk
12. Larangan terhadap pembersihan tumbuhan bawah dalam hal keadaan tertentu, dsb
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pemunya, penduduk atau seseorang lain yang bercadang hendak membuat atau mengarahkan atau membenarkan supaya dibuat mana-mana daripada yang berikut, iaitu:
menebas atau membersihkan apa-apa tumbuhan bawah atau tumbuh-tumbuhan lain dalam lingkungan dua puluh kaki daripada mana-mana anak sungai atau air resapan atau air mengalir atau bertakung yang baginya teduhan telah diberikan oleh tumbuhan bawah atau tumbuhan-tumbuhan lain itu;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 16
menebang atau membersihkan hutan, tumbuhan bawah atau tumbuh-tumbuhan lain; atau
membuat lubang bagi maksud menanam, menanam semula atau memajukan tanah, hendaklah memberitahu Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai
Kesihatan secara bertulis mengenai tujuannya tidak kurang daripada empat belas hari sebelum kerja itu bermula.
Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan apabila menerima notis di bawah subseksyen (1) boleh secara bertulis memerintahkan pemunya, penduduk atau seseorang lain mengambil apa-apa langkah yang ditetapkannya dalam perintah bertulis itu bagi mencegah serangga pembawa penyakit daripada membiak atau mendapat perlindungan.
Tiada seseorang pemunya atau penduduk sesuatu premis, termasuklah sesuatu tanah pertanian boleh membenarkan apa-apa lubang atau lekukan yang mungkin menakung air daripada terus berada pada atau di atas tanah yang dipunyai atau diduduki olehnya selama suatu tempoh lebih daripada tujuh hari daripada masa lubang atau lekukan itu dibuat, sama ada lubang atau lekukan itu dibuat dalam masa membersih, menanam atau kerja pertanian lain atau oleh kerana tumbangnya sesuatu pokok atau dalam apa-apa jua cara lain, dan tiap-tiap seorang pemunya atau penduduk hendaklah menimbus atau mengarahkan supaya ditimbus mana-mana lubang atau lekukan itu hingga sama rata dengan tanah sekitarnya dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh lubang atau lekukan itu dibuat:
Dengan syarat bahawa pemunya atau penduduk boleh membiarkan lubang atau lekukan itu kekal selama suatu tempoh lebih lama daripada tujuh hari jika dia mengambil apa-apa langkah untuk mencegah serangga pembawa penyakit di dalam lubang atau lekukan itu daripada membiak atau daripada mendapat perlindungan.
Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini atau mana-mana perintah di bawah subseksyen (2) bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 17
Bahagian IV