Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian III · Kesalahan dan Kewajipan Lain Pemunya dan Penduduk

14. Larangan terhadap pembiakan, dsb., serangga pembawa penyakit tanpa kebenaran

(1)

Tiada seorang pun boleh membiakkan, menyimpan, memungut, mengedar, menjual, mengimport atau mengeksport sesuatu serangga pembawa penyakit tanpa kebenaran bertulis Ketua

Pengarah.

(2)

Sesuatu kebenaran yang diberi di bawah peruntukan subseksyen (1)—

(a)

hendaklah mengikut budi bicara Ketua Pengarah setelah dia berpuas hati bahawa permohonan untuknya telah dibuat bagi maksud saintifik atau bagi maksud pelajaran atau penyelidikan atau bagi sebab lain yang diterimanya;

(b)

boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Ketua Pengarah; dan

(c)

boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Ketua Pengarah tanpa memberi apa-apa sebab baginya.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah perenggan (2)(b)

bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Report

Bahagian IV

Pelbagai