Seksyen 29
Kecualian
of Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024
Amendment ActIn forceProvision 31 of 31
Seksyen 29
(1)
Semua sebutan mengenai “penagih dadah” dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
“penagih dadah atau bahan”.
(2)
Apa-apa tindakan, permohonan, kelulusan atau prosiding yang dimulakan atau yang belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.