Akta Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Pendaftaran Kapal Layar dan Entiti Kapal Layar
12. Pendaftaran semula apabila pemunyaan berubah
Feedback & supportJika berlaku perubahan dalam pemunyaan sesuatu kapal layar Langkawi, pemunya kapal layar itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas perubahan itu berlaku, memberitahu
Ketua Pengarah secara bertulis mengenai perubahan itu, dan Ketua
Pengarah boleh, atas permintaan pemunya baru, mendaftarkan kapal layar itu semula.
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 17
Jika sesuatu kapal layar Langkawi hendak didaftarkan semula,
Ketua Pengarah hendaklah menjalankan tatacara yang sama seperti dalam hal pendaftaran pertama bagi sesuatu kapal layar, dan apabila diserahkan kembali perakuan pendaftaran yang sedia ada bagi kapal layar itu dan apabila dipatuhi semua syarat yang ditetapkan yang lain untuk pendaftaran, kapal layar itu hendaklah didaftarkan semula dan suatu perakuan pendaftaran yang baru hendaklah dikeluarkan.
Jika sesuatu kapal layar Langkawi didaftarkan semula—
pendaftaran sebelumnya hendaklah ditutup, kecuali berkaitan dengan mana-mana gadai janji yang belum ditunaikan yang dicatatkan berkenaan dengan pendaftaran sedemikian; dan
nama semua orang yang terdapat dalam pendaftaran sebelumnya yang mempunyai kepentingan mengenai kapal layar itu sebagai pemunya atau pemegang gadai janji hendaklah dicatatkan dalam pendaftaran yang baru, dan pendaftaran semula itu tidaklah dengan apa-apa cara menjejaskan hak mana-mana orang sedemikian.