Akta Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Pendaftaran Kapal Layar dan Entiti Kapal Layar
7. Pembetulan Daftar
Feedback & supportKetua Pengarah berhak untuk membetulkan Daftar Kapal Layar atau Daftar Entiti Kapal Layar jika—
(a)
silap tulis telah berlaku; atau
(b)
keterangan yang mencukupi telah dikemukakan untuk memuaskan hatinya bahawa catatan itu tidak betul, dan apabila membuat pembetulan itu dia hendaklah, jika perlu, mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran yang baru berkenaan dengan kapal layar itu, atau suatu perakuan pendaftaran yang baru berkenaan dengan entiti kapal layar itu.
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 15