Akta Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Pendaftaran Kapal Layar dan Entiti Kapal Layar
12A. Pendaftaran perubahan
Feedback & supportJika sesuatu kapal layar Langkawi diubah sebegitu rupa sehingga tidak bersamaan dengan butir yang berhubungan dengan tanan atau perihalan kapal layar itu sebagaimana yang terkandung dalam Daftar Kapal Layar, Ketua Pengarah hendaklah, apabila sesuatu permohonan dibuat kepadanya oleh pemunya kapal layar itu dan apabila menerima suatu perakuan daripada seorang juruukur yang menyatakan butir mengenai perubahan itu, sama ada menyebabkan perubahan itu didaftarkan atau mengarahkan supaya kapal layar itu didaftarkan semula.
Bagi maksud pendaftaran suatu perubahan dalam sesuatu kapal layar, perakuan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada
Ketua Pengarah, dan sama ada perakuan itu boleh disimpan oleh
Ketua Pengarah dan suatu perakuan baru dikeluarkan yang mengandungi perihalan mengenai kapal layar itu sebagaimana yang diubah, atau suatu pengendorsan boleh dibuat dan ditandatangani pada perakuan pendaftaran yang sedia ada yang mengandungi suatu notasi mengenai perubahan itu.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 630 18
Butir mengenai perubahan sepertimana yang telah dibuat, dan hakikat bahawa suatu perakuan pendaftaran baru telah dikeluarkan, atau suatu pengendorsan telah dibuat pada perakuan pendaftaran yang sedia ada, hendaklah dicatatkan dalam Daftar
Kapal Layar.