Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Act of Parliament

Adoption Act 1952

Feedback & supportAdoption of children

In plain English

Not legal advice

This Act provides for the adoption of children. It applies to Peninsular Malaysia only.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkatan 1952.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anak” ertinya seseorang di bawah umur dua puluh satu tahun yang belum berkahwin dan termasuklah seseorang perempuan di bawah umur itu yang telah diceraikan;

“anak angkat” ertinya seseorang anak yang telah dibenarkan oleh

Mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula;

“bapa” berhubung dengan seorang anak tidak sah taraf ertinya bapa sebenar;

“Daftar Anak Angkat” ertinya Daftar Anak Angkat yang diwujudkan di bawah subseksyen 25(1) dan termasuklah daftar yang berkaitan yang disimpan dan disenggarakan dalam komputer, pada mikrofilem atau dalam apa-apa bentuk peranti elektronik dan yang boleh diperoleh semula yang lain;

6

Undang-Undang Malaysia AKTA 257

“Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat” ertinya Ketua Pengarah

Kebajikan Masyarakat, Malaysia;

“Mahkamah” ertinya mana-mana Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat perintah pengangkatan di bawah Akta ini;

“Semenanjung

Malaysia”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;

“pemohon” ertinya seseorang yang bercadang hendak mengangkat, atau yang telah mengangkat seorang anak, sama ada menurut suatu perintah pengangkatan atau selainnya, dan, dalam hal permohonan oleh pasangan suami isteri, termasuklah salah seorang daripada mereka;

“Pendaftar Besar” ertinya orang yang dilantik menjadi Pendaftar

Besar Kelahiran dan Kematian, Malaysia, mengikut subseksyen 3(1)

Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299];

“pengangkat” ertinya seseorang yang dibenarkan oleh suatu perintah pengangkatan untuk mengangkat seorang anak;

“penjaga” berhubung dengan seorang anak, ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang selain ibu bapa sebenarnya, yang berhak menjaga anak itu;

“saudara” ertinya adik-beradik lelaki atau perempuan, datuk atau nenek, bapa saudara atau ibu saudara, sama ada melalui pertalian darah atau pertalian kahwin, dan dalam hal anak tidak sah taraf, seseorang yang mempunyai pertalian sedemikian jika anak itu sah taraf dan bapanya;

“Sijil Kelahiran” ertinya suatu Sijil Kelahiran yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

“suami atau isteri” ertinya berhubung dengan seorang perempuan suaminya, berhubung dengan seorang lelaki berbangsa Cina isteri utamanya, dan berhubung dengan mana-mana lelaki lain isterinya.

Pengangkatan 7

(1)

Apabila suatu permohonan dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh mana-mana orang yang berhasrat supaya dibenarkan untuk mengangkat seorang anak, Mahkamah boleh, tertakluk kepada

Akta ini, membuat suatu perintah pengangkatan, yang membenarkan pemohon untuk mengangkat anak itu.

(2)

Jika suatu permohonan bagi perintah pengangkatan dibuat oleh pasangan suami isteri bersesama, Mahkamah boleh membuat perintah yang membenarkan pasangan suami isteri itu bersesama mengangkat anak itu, tetapi kecuali sebagaimana yang diperuntukkan, tiada perintah pengangkatan boleh dibuat yang membenarkan lebih daripada satu orang untuk mengangkat seorang anak.

(3)

Sesuatu perintah pengangkatan boleh dibuat yang membenarkan pengangkatan seorang anak oleh ibu atau bapa anak itu, sama ada berseorangan atau bersesama dengan suaminya atau isterinya.

(1)

Sesuatu perintah pengangkatan tidak boleh dibuat melainkan jika pemohon itu atau, dalam hal permohonan bersama, seorang daripada pemohon itu—

(a)

telah mencapai umur dua puluh lima tahun dan adalah sekurang-kurangnya dua puluh satu tahun lebih tua daripada anak yang berkenaan dengan permohonan itu dibuat melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat hal keadaan khas bagi membuat suatu perintah;

(b)

telah mencapai umur dua puluh satu tahun dan ialah saudara anak itu; atau

(c)

ialah ibu atau bapa anak itu.

8

Undang-Undang Malaysia AKTA 257

(2)

Sesuatu perintah pengangkatan tidak boleh dibuat dalam mana-mana hal jika pemohon tunggalnya ialah seorang lelaki dan anak yang berkenaan dengan permohonan itu dibuat ialah seorang perempuan melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat hal keadaan khas yang mewajarkan pembuatan perintah itu sebagai suatu langkah luar biasa.

(3)

Sesuatu perintah pengangkatan tidak boleh dibuat bagi faedah mana-mana pemohon yang biasanya tidak bermastautin di

Semenanjung Malaysia atau berkenaan dengan mana-mana anak yang tidak bermastautin sedemikian.

(4)

Sesuatu perintah pengangkatan tidak boleh dibuat berkenaan dengan mana-mana anak melainkan—

(a)

anak itu telah berada berterusan dalam jagaan dan milikan pemohon itu selama sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut sebaik sebelum tarikh perintah itu; dan

(b)

pemohon itu telah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh perintah itu melalui suatu pemberitahuan bertulis memberitahu seorang pegawai

Jabatan

Kebajikan

Masyarakat Negeri yang dia pada masa itu bermastautin mengenai niatnya untuk memohon bagi mendapatkan suatu perintah pengangkatan berkenaan dengan anak itu.

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, sesuatu perintah pengangkatan tidak boleh dibuat kecuali dengan persetujuan tiap-tiap orang atau kumpulan orang yang merupakan ibu atau bapa atau penjaga anak yang berkenaan dengan permohonan itu dibuat atau yang bertanggungan untuk memberi sumbangan terhadap saraan anak itu dan sesuatu perintah pengangkatan tidak boleh dibuat atas permohonan salah seorang daripada pasangan suami isteri tanpa persetujuan pihak yang satu lagi:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh mengetepikan apa-apa persetujuan yang dikehendaki oleh seksyen ini jika berpuas hati—

Pengangkatan 9

(a)

dalam hal ibu atau bapa atau penjaga anak itu, bahawa dia telah meninggalkan, mengabaikan atau sentiasa menganiayai anak itu;

(b)

dalam hal seorang yang bertanggungan untuk memberi sumbangan terhadap saraan anak itu, bahawa dia sentiasa mengabaikan atau enggan memberi sumbangan sedemikian;

(c)

dalam mana-mana hal, bahawa orang yang persetujuannya dikehendaki tidak dapat dijumpai atau tidak berupaya untuk memberikan persetujuannya atau bahawa persetujuannya telah diberikan dengan tidak munasabah;

atau

(d)

dalam mana-mana hal, bahawa mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan anak yang sedang berkuat kuasa dalam mana-mana negara mana-mana pihak berkuasa yang berwibawa telah memberi kebenaran atau memberikan suatu lesen yang membenarkan supaya jagaan dan milikan anak itu dipindahkan kepada pemohon.

(2)

Mahkamah boleh mengetepikan persetujuan suami atau isteri seseorang pemohon bagi suatu perintah pengangkatan jika berpuas hati bahawa orang yang persetujuannya hendak diketepikan itu tidak dapat dijumpai atau tidak berupaya untuk memberikan persetujuan itu atau bahawa pasangan suami isteri itu telah berpisah dan tinggal berasingan dan bahawa perpisahan itu berkemungkinan kekal.

(3)

Persetujuan mana-mana orang terhadap pembuatan sesuatu perintah pengangkatan menurut suatu permohonan (yang bukannya persetujuan anak itu) boleh diberikan (sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada syarat berkenaan dengan agama yang anak itu akan dibesarkan) tanpa mengetahui identiti pemohon bagi perintah itu; dan jika persetujuan yang diberikan oleh mana-mana orang kemudiannya ditarik balik semata-mata atas alasan bahawa identiti pemohon itu tidak diketahui persetujuan itu hendaklah disifatkan bagi maksud seksyen ini sebagai telah diberikan dengan tidak sepatutnya.

10

Undang-Undang Malaysia AKTA 257

(4)

Semasa sesuatu permohonan bagi pengangkatan belum selesai di mana-mana Mahkamah, mana-mana ibu atau bapa atau penjaga anak itu yang telah menyatakan persetujuannya kepada pembuatan suatu perintah pengangkatan menurut permohonan itu tidak boleh kecuali dengan kebenaran Mahkamah mengambil anak itu daripada jagaan dan milikan pemohon; dan dalam menimbang sama ada hendak memberi atau menolak kebenaran itu Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada kebajikan anak itu.

s 6Perkara yang berkenaan dengan Mahkamah hendaklah berpuas hati

Mahkamah sebelum membuat sesuatu perintah pengangkatan hendaklah berpuas hati—

(a)

bahawa tiap-tiap orang yang persetujuannya diperlukan di bawah Akta ini, dan yang persetujuannya tidak diketepikan, telah bersetuju dengan dan memahami sifat dan kesan perintah pengangkatan itu yang baginya permohonan dibuat, dan khususnya dalam hal mana-mana ibu atau bapa memahami bahawa kesan perintah pengangkatan itu akan melucutkan haknya sebagai ibu atau bapa untuk selama-lamanya;

(b)

bahawa perintah itu jika dibuat adalah untuk kebajikan anak itu, pertimbangan wajar bagi maksud ini diberikan kepada kehendak anak itu, setelah mengambil kira umur dan pemahaman anak itu;

(c)

bahawa pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga tidak menerima atau bersetuju untuk menerima, dan bahawa tiada seorang pun telah membuat atau memberi, atau bersetuju untuk membuat atau memberi kepada pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga itu apa-apa bayaran atau hadiah lain sebagai balasan bagi pengangkatan itu kecuali sebagaimana yang disanksikan oleh Mahkamah; dan

(d)

bahawa telah ada suatu perubahan substansial dalam hal keadaan, jika didapati bahawa pemohon itu telah membuat

Pengangkatan 11

suatu permohonan terdahulu di bawah Akta ini berkenaan dengan anak yang sama.

s 7Terma dan syarat perintah

Mahkamah semasa membuat sesuatu perintah pengangkatan boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah dan secara khususnya boleh menghendaki pengangkat itu melalui bon atau selainnya membuat bagi anak angkat itu apa-apa peruntukan, jika ada, yang pada pendapat Mahkamah adalah adil dan suai manfaat.

s 8Peruntukan mengenai pengangkatan de facto sedia ada

Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini mana-mana anak berada dalam jagaan, dan dibesarkan, ditanggung dan diberi pelajaran oleh mana-mana orang atau oleh pasangan suami isteri bersesama sebagai anaknya atau anak mereka sendiri di bawah mana-mana pengangkatan de facto, dan telah bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun sebelum permulaan kuat kuasa itu berada dalam jagaan itu, dan telah dibesarkan, ditanggung dan diberi pelajaran sedemikian,

Mahkamah boleh, atas permohonan orang atau pasangan suami isteri itu dan walaupun pemohon itu seorang lelaki dan anak itu seorang perempuan, membuat suatu perintah pengangkatan yang membenarkannya atau mereka untuk mengangkat anak itu tanpa menghendaki persetujuan mana-mana ibu atau bapa atau penjaga anak itu diperoleh, setelah berpuas hati bahawa dalam segala hal keadaan kes itu adalah adil dan saksama dan bagi kebajikan anak itu bahawa tiada persetujuan sedemikian patut dikehendaki dan bahawa suatu perintah pengangkatan patut dibuat.

(1)

Apabila suatu perintah pengangkatan dibuat, segala hak, tugas, kewajipan dan tanggungan ibu atau bapa, penjaga anak angkat itu, berhubung dengan jagaan, nafkah dan pelajaran pada masa hadapan anak angkat itu, termasuk segala hak untuk melantik seorang penjaga atau untuk mempersetujui atau memberi notis tidak bersetuju

12

Undang-Undang Malaysia AKTA 257

dengan perkahwinan adalah terhapus, dan segala hak, tugas, kewajipan dan tanggungan itu hendaklah terletak hak pada dan boleh dijalankan oleh dan boleh dikuatkuasakan terhadap pengangkat itu seolah-olah anak angkat itu ialah anak yang dilahirkan oleh pengangkat itu semasa perkahwinan yang sah:

Dengan syarat bahawa, dalam mana-mana hal jika pasangan suami isteri ialah pengangkat, pasangan suami isteri itu hendaklah berkenaan dengan perkara yang diperuntukkan dalam subseksyen ini dan bagi maksud bidang kuasa mana-mana Mahkamah untuk membuat perintah mengenai jagaan dan nafkah serta hak akses kepada anak-anak mempunyai pertalian antara satu sama lain dan terhadap anak angkat itu mengikut perhubungan yang sama sebagaimana mereka sepatutnya mempunyai pertalian jika mereka ialah bapa dan ibu yang sah bagi anak angkat itu, dan anak angkat itu hendaklah mempunyai pertalian terhadap mereka masing-masing mengikut perhubungan yang sama sebagaimana seorang anak sepatutnya mempunyai pertalian terhadap bapa dan ibu yang sah, masing-masing.

(2)

Jika, pada bila-bila masa selepas suatu perintah pengangkatan dibuat, pengangkat atau anak angkat itu atau mana-mana orang lain mati tidak berwasiat berkenaan dengan apa-apa harta alih atau tak alih, harta itu hendaklah turun dalam segala hal seolah-olah anak angkat itu ialah anak pengangkat itu yang lahir semasa perkahwinan yang sah dan bukannya anak mana-mana orang lain.

(3)

Dalam apa-apa pemindahan harta alih atau tak alih yang dibuat, sama ada melalui surat cara inter vivos atau melalui wasiat

(termasuk kodisil), selepas tarikh suatu perintah pengangkatan—

(a)

apa-apa sebutan (sama ada nyata atau tersirat) mengenai anak atau anak-anak pengangkat itu hendaklah, melainkan jika terdapat maksud yang berlawanan, ditafsirkan sebagai, atau sebagai termasuk, suatu sebutan mengenai anak angkat itu;

(b)

apa-apa sebutan (sama ada nyata atau tersirat) mengenai anak atau anak-anak ibu bapa sebenar anak angkat itu atau salah seorang daripada mereka hendaklah, melainkan jika

Pengangkatan 13

terdapat maksud yang berlawanan, ditafsirkan sebagai tidak menjadi, atau tidak termasuk, sebutan mengenai anak angkat itu; dan

(c)

apa-apa sebutan (sama ada nyata atau tersirat) mengenai seseorang yang mempunyai pertalian dengan anak angkat itu mengikut apa-apa darjat hendaklah, melainkan jika terdapat maksud yang berlawanan, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai orang yang sepatutnya mempunyai pertalian mengikut darjat itu jika dia anak pengangkat itu yang dilahirkan semasa perkahwinan yang sah dan bukannya anak mana-mana orang lain.

(4)

Jika seseorang anak angkat atau suami atau isteri atau zuriat seseorang anak angkat mendapat apa-apa kepentingan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih di bawah apa-apa pemindahan, sama ada melalui surat cara inter vivos atau melalui wasiat (termasuk kodisil), atau di bawah mana-mana kematian tidak berwasiat, atau jika seseorang pengangkat mendapat apa-apa kepentingan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih di bawah apa-apa pemindahan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini oleh seorang anak angkat atau oleh suami atau isteri atau zuriat seorang anak angkat, atau di bawah kematian tidak berwasiat seorang anak angkat atau suami atau isteri atau zuriat seorang anak angkat, apa-apa harta pusaka atau duti lain yang boleh dilevi berkenaan dengannya hendaklah dibayar mengikut kadar yang sama seolah-olah anak angkat itu ialah anak pengangkat itu yang dilahirkan semasa perkahwinan yang sah.

(5)

Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, pemegang amanah atau wakil diri boleh memindahhakkan atau membahagikan apa-apa harta alih atau tak alih kepada atau di kalangan orang yang berhak kepadanya tanpa terlebih dahulu menentukan bahawa tiada perintah pengangkatan telah dibuat yang di bawahnya mana-mana orang adalah atau mungkin berhak mendapat apa-apa kepentingan mengenainya, dan tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang yang mereka tidak maklum tentang tuntutan mereka pada masa pemindahhakan atau pembahagian itu; tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menjejaskan hak mana-mana orang itu untuk mengikuti harta itu, atau apa-apa harta yang merupainya, ke dalam

14

Undang-Undang Malaysia AKTA 257

tangan mana-mana orang, selain seorang pembeli, yang mungkin telah menerimanya.

(6)

Jika sesuatu perintah pengangkatan dibuat berkenaan dengan seseorang yang pernah diangkat dahulunya, pengangkatan yang dahulu itu hendaklah tidak diambil kira bagi maksud seksyen ini berhubung dengan penurunan apa-apa harta atas kematian seseorang yang mati tidak berwasiat selepas tarikh perintah pengangkatan yang kemudiannya dan berhubung dengan apa-apa pemindahan harta yang dibuat selepas tarikh itu.

(7)

Bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkahwinan yang sedang berkuat kuasa di

Malaysia atau mana-mana bahagiannya, seseorang pengangkat dan anak yang dia telah dibenarkan mengangkat di bawah suatu perintah pengangkatan dan semua anak dan anak angkat pengangkat itu hendaklah disifatkan sebagai berada dalam hubungan sedarah yang dilarang; dan subseksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun seseorang selain pengangkat itu telah dibenarkan oleh suatu perintah pengangkatan kemudiannya untuk mengangkat anak yang sama.

(8)

Bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya yang berhubungan dengan pampasan kepada keluarga kerana kerugian yang disebabkan oleh kematian seseorang akibat daripada perbuatan salah, seseorang hendaklah disifatkan sebagai ibu atau bapa atau anak orang yang mati itu walaupun dia hanya mempunyai pertalian dengannya akibat daripada pengangkatan; dan dengan itu dalam menentukan apa-apa perhubungan yang di bawah perundangan itu adalah termasuk dalam pengertian ungkapan “ibu atau bapa” dan

“anak” seseorang anak angkat hendaklah dikira sebagai anak pengangkat itu yang dilahirkan semasa perkahwinan yang sah dan bukannya anak mana-mana orang lain.

(1)

Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat perintah pengangkatan di bawah Akta ini ialah Mahkamah Tinggi

Pengangkatan 15

atau atas pilihan pemohon mana-mana Mahkamah Sesyen walau apa pun Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92].

(2)

Semua prosiding Mahkamah hendaklah diadakan secara tertutup dan semua dokumen yang difailkan dalam Mahkamah adalah sulit dan hendaklah disimpan sedemikian oleh Pendaftar.

(3)

Jika Hakim Mahkamah Sesyen berpendapat bahawa mengikut hal keadaan kes itu apa-apa permohonan patut diuruskan oleh

Mahkamah Tinggi, dia boleh enggan membuat suatu perintah dan hendaklah memindahkan permohonan itu ke Mahkamah Tinggi.

(4)

Hakim Mahkamah Sesyen boleh jika difikirkannya patut mengemukakan apa-apa persoalan undang-undang, amalan atau tatacara berkaitan dengan apa-apa permohonan untuk diputuskan oleh

Hakim Mahkamah Tinggi dan jika dia berbuat demikian dia hendaklah memutuskan persoalan itu menurut keputusan itu.

(5)

Suatu rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Persekutuan daripada apa-apa keputusan seorang Hakim di bawah seksyen ini.

(1)

Sesuatu permohonan bagi suatu perintah pengangkatan hendaklah diserahkan dengan pendua kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan berserta dengan apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya dilampirkan oleh borang itu.

(2)

Apa-apa persetujuan bertulis yang dikehendaki supaya dilampirkan pada permohonan itu hendaklah dalam borang yang ditetapkan tetapi tidak perlu dengan pendua.

(3)

Kecuali dalam hal jika pemohon telah membuat suatu permohonan terdahulu kepada

Mahkamah, atau

Mahkamah menghendaki kehadiran pemohon itu, adalah tidak perlu bagi pemohon itu hadir sendiri bagi maksud menyerah simpan permohonan dan dokumen itu.

16

Undang-Undang Malaysia AKTA 257

(1)

Bila mana sesuatu permohonan bagi suatu perintah pengangkatan dibuat kepada Mahkamah, Mahkamah hendaklah melantik seorang penjaga ad litem anak yang berkenaan dengan permohonan itu dibuat, dan setelah pelantikan dibuat pendua bagi borang yang tersebut dalam subseksyen 11(1) hendaklah diserahkan kepada penjaga ad litem itu.

(2)

Orang atau badan yang berikut boleh dijadikan responden, iaitu, anak yang berkenaan dengan permohonan itu dibuat, penjaga ad litem anak itu, tiap-tiap orang yang merupakan ibu atau bapa atau penjaga anak itu atau yang bertanggungan memberi sumbangan terhadap saraan anak itu, dan, jika pemohon itu mempunyai seorang suami atau isteri yang bukannya seorang pemohon, suami atau isteri pemohon itu:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun yang persetujuannya telah diketepikan mengikut seksyen 5 boleh dijadikan seorang responden.

(3)

Sebaik sahaja penjaga ad litem dilantik, Mahkamah hendaklah menetapkan suatu masa bagi pendengaran permohonan itu, dan hendaklah mengeluarkan suatu notis dalam borang yang ditetapkan yang dialamatkan kepada responden itu dan hendaklah menyebabkan notis itu disampaikan kepada tiap-tiap seorang daripada mereka:

Dengan syarat bahawa jika anak itu berada dalam jagaan sebenar mana-mana orang, notis itu tidak perlu disampaikan kepada anak itu, tetapi boleh menghendaki orang itu supaya mengemukakan anak itu kepada Mahkamah.

(4)

Apa-apa notis di bawah Akta ini hendaklah disampaikan kepada mana-mana responden yang kepadanya notis itu dialamatkan, sama ada dengan menyerahkan suatu salinan kepadanya sendiri, atau, dengan kebenaran Mahkamah, dengan menghantar suatu salinan melalui pos berdaftar tempat tinggalnya yang akhir diketahui atau tempat tinggal biasanya, sama ada tempat tinggal itu dalam Malaysia atau di tempat lain.

Pengangkatan 17

(1)

Menjadi kewajipan penjaga ad litem untuk menyiasat dengan seberapa lengkap yang boleh segala hal keadaan anak dan pemohon itu, dan semua perkara lain yang berkaitan dengan pengangkatan yang dicadangkan itu, bagi melindungi kepentingan anak itu di hadapan Mahkamah, dan, khususnya, menjadi kewajipannya untuk memasukkan dalam penyiasatannya soalan yang berikut:

(a)

sama ada pernyataan dalam borang permohonan yang dikehendaki oleh subseksyen 11(1) adalah benar dan lengkap, khususnya mengenai tarikh lahir dan identiti anak itu;

(b)

sama ada apa-apa bayaran atau hadiah lain sebagai balasan bagi pengangkatan itu telah diterima atau dipersetujui, dan sama ada ia konsisten dengan kebajikan anak itu;

(c)

sama ada keadaan kemampuan dan status pemohon itu membolehkannya menanggung dan membesarkan anak itu dengan sesuai, dan apakah hak atau kepentingan mengenai harta yang ada pada anak itu;

(d)

apakah insurans, jika ada, yang telah dilaksanakan ke atas nyawa anak itu;

(e)

sama ada wajar bagi kebajikan anak itu hingga Mahkamah perlu diminta membuat suatu perintah interim atau, dalam membuat suatu perintah pengangkatan, untuk mengenakan apa-apa terma atau syarat tertentu atau untuk menghendaki pengangkat itu membuat apa-apa peruntukan khusus bagi anak itu.

(2)

Penjaga ad litem hendaklah menganggap segala maklumat yang didapatinya semasa menjalankan penyiasatannya sebagai sulit, dan tidak boleh menzahirkan mana-mana bahagiannya kepada mana-mana orang lain kecuali setakat yang perlu bagi melaksanakan kewajipannya dengan sepatutnya.

18

Undang-Undang Malaysia AKTA 257

(1)

Tertakluk kepada seksyen ini, suatu perintah pengangkatan atau suatu perintah interim tidak boleh dibuat kecuali selepas pemohon dan semua responden hadir sendiri di hadapan Mahkamah, walaupun, dalam hal mana-mana responden, bahawa persetujuan bertulis telah didapati.

(2)

Mahkamah boleh—

(a)

dalam hal anak itu, jika berpuas hati dengan laporan daripada penjaga ad litem bahawa hal keadaan khas wujud yang menyebabkannya tidak suai manfaat atau tidak perlu supaya anak itu hadir sendiri di hadapan Mahkamah;

(b)

dalam hal mana-mana responden lain, jika berpuas hati bahawa responden itu tidak dapat dijumpai atau tidak berupaya memberi persetujuan; atau

(c)

bagi apa-apa sebab lain yang disifatkan oleh Mahkamah mencukupi, mengetepikan kehadiran mana-mana responden.

(3)

Dalam mana-mana hal jika Mahkamah mengetepikan seseorang responden hadir sendiri, persetujuan bertulis responden itu, yang ditentusahkan dengan suatu akuan yang berupa sebagai dibuat di hadapan dan ditandatangan oleh seorang Majistret atau

Pesuruhjaya Sumpah hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai persetujuan itu.

(4)

Dalam hal permohonan bersama bagi suatu perintah pengangkatan atau suatu perintah interim Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengetepikan salah seorang daripada pasangan suami isteri itu daripada hadir sendiri jika permohonannya ditentusahkan dengan akuan yang berupa sebagai dibuat di hadapan dan ditandatangani oleh seorang Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.

Pengangkatan 19

s 15Kuasa untuk memeriksa pihak secara berasingan

Tertakluk kepada Akta ini, Mahkamah boleh mengarahkan supaya pemohon atau mana-mana responden hendaklah hadir dan didengar dan diperiksa secara berasingan dan terpisah daripada pihak lain dalam permohonan itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa arahan sedemikian boleh diberikan melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa pemberian arahan itu adalah wajar demi kepentingan anak itu.

s 16Notis mengenai pendengaran yang ditangguhkan

Atas apa-apa penangguhan pendengaran Mahkamah hendaklah mengeluarkan dan menyebabkan supaya disampaikan kepada mana-mana responden yang tidak hadir dan yang kehadirannya tidak diketepikan suatu notis mengenai masa dan tempat yang pendengaran itu ditangguhkan.

(1)

Apabila apa-apa permohonan bagi suatu perintah pengangkatan dibuat, Mahkamah boleh menangguhkan pemutusan permohonan itu dan boleh membuat suatu perintah interim (yang tidak boleh disifatkan sebagai suatu perintah pengangkatan mengikut pengertian Akta ini) yang memberikan jagaan anak itu kepada pemohon itu selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi dua tahun sebagai tempoh percubaan mengikut apa-apa terma berkaitan dengan peruntukan bagi nafkah dan pelajaran serta pengawasan kebajikan anak itu dan selainnya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2)

Sesuatu perintah interim boleh termasuk apa-apa terma berkaitan dengan penjalanan pengawasan oleh penjaga ad litem itu atau selainnya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah dan hendaklah disampaikan kepada penjaga ad litem dan kepada

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, melainkan jika dia atau mana-mana pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dilantik sebagai penjaga ad litem.

20

Undang-Undang Malaysia AKTA 257

(3)

Segala persetujuan sebagaimana yang dikehendaki bagi suatu perintah pengangkatan adalah perlu bagi mana-mana perintah interim, tetapi tertakluk kepada kuasa yang sama pada pihak

Mahkamah untuk mengetepikan apa-apa persetujuan itu.

(4)

Dalam menilai tempoh percubaan yang hendak diberikan sebagaimana dalam subseksyen (1), Mahkamah hendaklah memberi pertimbangan yang wajar kepada apa-apa tempoh yang anak itu mungkin telah berada dalam jagaan pemohon akibat suatu pengangkatan de facto atau selainnya.

(5)

Semasa tempoh percubaan itu penjaga ad litem mana-mana anak yang berkenaan dengan suatu perintah interim telah dibuat boleh pada bila-bila masa memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah untuk memindahkan seseorang anak dari persekitaran yang memudaratkan.

(6)

Sesuatu perintah interim tidak boleh dibuat dalam apa-apa hal jika pembuatan perintah pengangkatan itu adalah tidak sah di bawah

Akta ini.

(1)

Suatu perintah pengangkatan atau suatu perintah interim boleh dibuat berkenaan dengan seseorang anak yang telah pun menjadi subjek suatu perintah pengangkatan di bawah Akta ini.

(2)

Berhubung dengan suatu permohonan bagi suatu perintah pengangkatan berkenaan dengan seorang anak yang telah diangkat dahulunya, pengangkat di bawah perintah pengangkatan yang dahulu atau dahulu yang terakhir hendaklah disifatkan sebagai ibu atau bapa anak itu bagi segala maksud Akta ini.

s 19Tatacara bagi memutuskan permohonan

Jika pemutusan sesuatu permohonan telah ditangguhkan dan suatu perintah interim telah dibuat, pemohon hendaklah sekurang-kurangnya dalam masa dua bulan sebelum tamatnya tempoh perintah

Pengangkatan 21

interim itu, memohon kepada Mahkamah supaya meneruskan pemutusan permohonan itu, dan Mahkamah hendaklah menetapkan masa bagi pendengaran lanjut permohonan itu dan hendaklah mengeluarkan suatu notis mengikut bentuk yang ditetapkan yang dialamatkan kepada responden dan hendaklah menyebabkan notis itu disampaikan kepada mereka:

Dengan syarat bahawa jika anak itu berada dalam jagaan sebenar pemohon, notis itu tidak perlu disampaikan kepada anak itu.

s 20Kuasa untuk memindahkan anak daripada persekitaran yang tidak memuaskan

Jika Mahkamah enggan memberikan sama ada suatu perintah interim atau suatu perintah pengangkatan atas alasan bahawa rumah yang akan didiami oleh anak angkat itu tidak sesuai, Mahkamah boleh, jika difikirkannya adalah demi kepentingan anak itu untuk berbuat demikian, membuat suatu perintah segera yang menyerahkan anak itu kepada jagaan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Schedules