Skip to content

Seksyen 30

Seksyen 30a baharu

of Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017

Amendment ActIn forceProvision 30 of 34
Seksyen 30

Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 30b yang dinomborkan semula seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk menyiasat 30a.  (1)  Seorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Peruntukan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] hendaklah terpakai bagi pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, kecuali bahawa kuasa menangkap tanpa waran di bawah

Kanun Tatacara Jenayah bagi mana-mana kesalahan boleh tangkap tidak boleh dilaksanakan oleh pegawai polis itu.”.

Pindaan seksyen 30b