Skip to content

Seksyen 33

Penggantian seksyen 31a

of Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017

Amendment ActIn forceProvision 33 of 34
Seksyen 33

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 31a dengan seksyen yang berikut:

“Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 31a.  Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Lembaga, mana-mana

Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga, mana-mana anggota

Lembaga, mana-mana anggota Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga atau mana-mana orang atau pegawai Lembaga yang diberi kuasa atau dilantik untuk bertindak untuk atau bagi pihak Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati, atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.”.