Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Rubber Price Stabilization Act 1975

Stabilizing rubber prices, with an advisory council and rubber stock

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penstabilan Harga Getah 1975.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Majlis” ertinya Majlis Penasihat Negara bagi Penstabilan Harga

Getah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 3(1).

(1)

Bagi maksud Akta ini dan untuk menasihatkan Menteri atas perkara berkenaan dengan penstabilan harga getah, dengan ini ditubuhkan Majlis Penasihat Negara bagi Penstabilan Harga Getah.

6

Undang-Undang Malaysia

(2)

Majlis hendaklah terdiri daripada—

(a)

Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, sebagai Pengerusi;

(b)

seorang wakil dari Perbendaharaan, Malaysia;

(c)

seorang wakil dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan

Perdana Menteri;

(d)

*seorang wakil dari Kementerian Perancang Am dan

Penyelidikan Sosio Ekonomi;

(e)

seorang wakil dari Bank Negara Malaysia; dan

(f)

seorang yang mempunyai pengetahuan luas dalam perusahaan getah yang dilantik oleh Menteri.

(3)

Menteri boleh melantik tidak lebih daripada tiga orang ahli tambahan untuk menjadi ahli Majlis.

(4)

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Majlis dan ahlinya.

s 4Stok getah

Bagi maksud menstabilkan harga getah, boleh diadakan suatu stok getah yang hendaklah dikawal selia mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 5.

s 5Peraturan-peraturan

Menteri boleh bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini membuat peraturan-peraturan dan tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

membuat peruntukan bagi pelaksanaan apa-apa perjanjian antarabangsa yang dibuat antara Malaysia dengan mana-mana negara lain untuk mewujudkan suatu skim bagi penstabilan harga getah dalam pasaran dunia;

(b)

membuat peruntukan bagi pelantikan pegawai untuk memeriksa stok getah yang dikehendaki disimpan di bawah

Akta ini, memeriksa rekod mengenainya, dan secara amnya untuk menjalankan peruntukan Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;

(c)

mengawal selia pengurusan stok getah yang diadakan di bawah seksyen 4;

*CATATAN—Kementerian ini telah dibubarkan dan fungsinya kini diambil alih oleh Unit Perancang

Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Penstabilan Harga Getah 7

(d)

menghendaki semua estet dan kebun kecil getah didaftarkan dan membuat peruntukan mengenai cara pendaftaran;

(e)

melarang atau mengawal selia penggunaan kimia dan bahan lain yang merangsang pokok getah untuk mengeluarkan susu;

(f)

mengenakan penalti berupa denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan dan membuat peruntukan bagi pelucuthakan apa-apa getah yang menjadi hal perkara pelanggaran itu dan cara mengenainya.

Pindaan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah

s 6(Penanaman Semula) 1952

Subseksyen 17(1) Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah

(Penanaman Semula) 1952 [Ord. 8 tahun 1952] dengan ini dipinda dengan memasukkan selepas sahaja perkataan “this Ordinance”

perkataan “and all other information relating to rubber estates and smallholdings and production, storage, sale and export of rubber”.

8

Undang-Undang Malaysia

Schedules