Rubber Price Stabilization Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud Akta ini dan untuk menasihatkan Menteri atas perkara berkenaan dengan penstabilan harga getah, dengan ini ditubuhkan Majlis Penasihat Negara bagi Penstabilan Harga Getah.
6
Undang-Undang Malaysia
Majlis hendaklah terdiri daripada—
Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, sebagai Pengerusi;
seorang wakil dari Perbendaharaan, Malaysia;
seorang wakil dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri;
*seorang wakil dari Kementerian Perancang Am dan
Penyelidikan Sosio Ekonomi;
seorang wakil dari Bank Negara Malaysia; dan
seorang yang mempunyai pengetahuan luas dalam perusahaan getah yang dilantik oleh Menteri.
Menteri boleh melantik tidak lebih daripada tiga orang ahli tambahan untuk menjadi ahli Majlis.
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Majlis dan ahlinya.