Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

5. Peraturan-peraturan

Menteri boleh bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini membuat peraturan-peraturan dan tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

membuat peruntukan bagi pelaksanaan apa-apa perjanjian antarabangsa yang dibuat antara Malaysia dengan mana-mana negara lain untuk mewujudkan suatu skim bagi penstabilan harga getah dalam pasaran dunia;

(b)

membuat peruntukan bagi pelantikan pegawai untuk memeriksa stok getah yang dikehendaki disimpan di bawah

Akta ini, memeriksa rekod mengenainya, dan secara amnya untuk menjalankan peruntukan Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;

(c)

mengawal selia pengurusan stok getah yang diadakan di bawah seksyen 4;

*CATATAN—Kementerian ini telah dibubarkan dan fungsinya kini diambil alih oleh Unit Perancang

Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Penstabilan Harga Getah 7

(d)

menghendaki semua estet dan kebun kecil getah didaftarkan dan membuat peruntukan mengenai cara pendaftaran;

(e)

melarang atau mengawal selia penggunaan kimia dan bahan lain yang merangsang pokok getah untuk mengeluarkan susu;

(f)

mengenakan penalti berupa denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan dan membuat peruntukan bagi pelucuthakan apa-apa getah yang menjadi hal perkara pelanggaran itu dan cara mengenainya.

Pindaan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah

Report