Public Trust Corporation Act 1995 · Updated to 1 Sep 2010 · Bahagian IV · Peruntukan Kewangan
27. Pembayaran bunga atas wang modal dalam Kumpulan Wang Bersama
Feedback & supportBunga yang kena dibayar berkenaan dengan wang modal yang menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Bersama hendaklah pada kadar yang munasabah yang ditetapkan oleh
26
Undang-Undang Malaysia
Perbadanan dengan kelulusan Menteri dengan mengambil kira pendapatan Kumpulan Wang Bersama yang boleh dibahagikan dan kemampuan Kumpulan Wang Bersama dan Kumpulan Wang
Rizab Am untuk menjelaskan segala bayaran yang dikehendaki dibuat.
Kadar itu bolehlah disemak setiap suku tahun.
Bunga yang kena dibayar daripada Kumpulan Wang Bersama hendaklah dikreditkan setiap setengah tahun kepada harta pusaka masing-masing:
Dengan syarat bahawa Perbadanan boleh, mengikut budi bicaranya, mengkreditkan bunga itu pada apa-apa lat tempoh yang lebih kerap yang difikirkannya patut dalam hal mana-mana harta pusaka tertentu.