Public Trust Corporation Act 1995 · Updated to 1 Sep 2010 · Bahagian IV · Peruntukan Kewangan
29. Kumpulan Wang Rizab Am
Feedback & supportApa-apa amaun yang merupakan baki kredit kumpulan wang rizab yang ditubuhkan di bawah subseksyen 14(4)
Akta Pemegang Amanah Raya 1950 [Akta 247] sebagaimana berkuat kuasa sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah pada tarikh yang ditetapkan dipindahkan kepada kredit Kumpulan
Wang Rizab Am.
Perbadanan Amanah Raya 27
Perbadanan boleh mengarahkan supaya mana-mana bahagian baki pada kredit akaun pendapatan Kumpulan Wang Bersama pada akhir tahun yang terdahulu (selepas ditolak bunga yang kena dibayar kepada benefisiari dan tanggungan sah yang lain)
dibawa kepada kredit Kumpulan Wang Rizab Am.
Kumpulan Wang Rizab Am hendaklah digunakan untuk—
menjelaskan kerugian yang timbul daripada pelupusan pelaburan Kumpulan Wang Bersama;
mengekalkan kadar yang munasabah bagi pembayaran bunga atau pembayaran bunga yang ditetapkan atas wang modal dalam Kumpulan Wang Bersama;
menjalankan maksud am Kumpulan Wang Bersama;
atau
apa-apa maksud lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui kaedah-kaedah.
Kumpulan Wang Rizab Am boleh dilaburkan oleh Perbadanan dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan wang amanah atau boleh didepositkan di dalam mana-mana bank.