Public Trust Corporation Act 1995 · Updated to 1 Sep 2010 · Bahagian IV · Peruntukan Kewangan
28. Liabiliti Perbadanan
Feedback & support(1)
Perbadanan adalah bertanggungan untuk membayar apa-apa tuntutan yang sah ke atas Kumpulan Wang Bersama yang tidak dapat dijelaskan daripada Kumpulan Wang Bersama atau daripada Kumpulan Wang Rizab Am sama ada tuntutan itu berhubungan dengan wang modal atau pendapatan.
(2)
Wang modal yang boleh dituntut oleh mana-mana harta pusaka termasuklah wang daripada harta pusaka itu yang dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Bersama dan jika pelaburan telah diambil alih di bawah subseksyen 25(3) ia termasuklah juga nilai pelaburan itu sebagaimana yang ditentukan mengikut peruntukan subseksen 25(4).