Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2010Read it in English

Bahagian II · Pembentukan dan Pemunyaan Perbadanan dan Peruntukan Peletakhakan

5. Pemegangan permulaan Kerajaan dalam Perbadanan

Feedback & support
(1)

Sebagai akibat peletakhakan harta, hak dan liabiliti pada

Perbadanan di bawah seksyen 4, Perbadanan hendaklah menerbitkan apa-apa syer Perbadanan kepada Menteri Kewangan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa selepas berunding dengan Menteri.

(2)

Syer yang dikehendaki diterbitkan di bawah seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma tentang penguntukan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan selepas berunding dengan Menteri.

(3)

Syer yang diterbitkan di bawah seksyen ini—

(a)

hendaklah mempunyai nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan 12

Undang-Undang Malaysia

(b)

hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia berbayar menurut kuasa pembayaran nilai nominalnya kepada

Perbadanan.

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Menteri Kewangan menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Report

Bahagian III

Fungsi, Kuasa dan Kewajipan Perbadanan

Bahagian IV

Peruntukan Kewangan

Bahagian V