Public Trust Corporation Act 1995 · Updated to 1 Sep 2010 · Bahagian II · Pembentukan dan Pemunyaan Perbadanan dan Peruntukan Peletakhakan
7. Kakitangan
Feedback & supportPerbadanan hendaklah menerima sebagai pekerjanya, pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja tarikh itu ialah anggota kakitangan Pemegang Amanah Raya atau Pejabat Pegawai Pentadbir Pusaka dan yang telah diberikan pilihan oleh Kerajaan Malaysia dan telah membuat pilihan untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan.
Perbadanan Amanah Raya 13
Tiap-tiap orang sedemikian yang telah membuat pilihan di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen (1).