Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2010Read it in English

Bahagian II · Pembentukan dan Pemunyaan Perbadanan dan Peruntukan Peletakhakan

8. Kerajaan Malaysia akan memegang kesemua syer dalam Perbadanan

Feedback & support
(1)

Menteri Kewangan boleh, dari semasa ke semasa, bagi pihak Kerajaan Malaysia, memohon beli atau selainnya memperoleh kesemua syer dalam Perbadanan.

(2)

Syer dalam Perbadanan yang dipegang oleh Menteri

Kewangan hendaklah dipegang oleh Menteri Kewangan sebagaimana diperbadankan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan)

1957 [Akta 375].

(3)

Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain atau kaedah undang-undang lain, maka tidaklah perlu untuk menyelesaikan atau mendaftarkan pindah milik syer daripada jenis yang disebut dalam subseksyen (2) berikutan dengan pertukaran orang yang memegang jawatan Menteri Kewangan.

(4)

Menteri Kewangan bolehlah menjalankan segala hak dan kuasa yang berhubung kait dengan syer dalam Perbadanan yang dipegang olehnya.

(5)

Menteri Kewangan boleh, pada bila-bila masa, dengan notis bertulis kepada Setiausaha Syarikat Perbadanan, memberi kuasa, atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam notis itu, mana-mana orang yang difikirkannya layak untuk bertindak sebagai wakilnya pada mana-mana atau semua mesyuarat pemegang syer

Perbadanan atau mana-mana golongan pemegang syer, dan mana-mana orang yang diberi kuasa sedemikian adalah berhak untuk menjalankan kuasa yang sama, bagi pihak Menteri Kewangan, sebagaimana yang Menteri Kewangan boleh menjalankannya jika dia hadir sendiri pada mesyuarat atau mesyuarat-mesyuarat itu.

14

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian III

Fungsi, Kuasa dan Kewajipan Perbadanan

Bahagian IV

Peruntukan Kewangan

Bahagian V