Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta (Perbadanan) Good Shepherd
Nuns 1973.
Pemerbadanan Sister Superior of the Good Shepherd Nuns di
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta (Perbadanan) Good Shepherd Nuns 1973 is Malaysia Act, cited as Act 108 1973, currently marked in force and first recorded in 1973.
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 108
AKTA (PERBADANAN) GOOD
SHEPHERD NUNS 1973
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006
2
Undang-Undang Malaysia
Tarikh Perkenan Diraja
…
…
…
…
15 Jun 1973
Tarikh penyiaran dalam Warta
…
…
…
21 Jun 1973
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1994
Cetakan Semula Yang Kedua
… … … … 2000
(Perbadanan) Good Shepherd Nuns 3
Akta 108
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta (Perbadanan) Good Shepherd
Nuns 1973.
Pemerbadanan Sister Superior of the Good Shepherd Nuns di
Malaysia
Sister Joan Gormley, Sister Superior of the Good Shepherd
Nuns di Malaysia dan pengganti dalam jawatannya yang kemudian, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama
“the Sister Superior of the Good Shepherd Nuns, Malaysia”, dalam
Akta ini disebut “Perbadanan itu”.
Perbadanan itu boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, memindahkan hakmilik, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai mana-mana harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan itu.
Perbadanan itu boleh membawa guaman dan dibawa guaman berkenaan dengan hartanya dan selainnya dalam semua mahkamah keadilan dan dalam semua perkara dan guaman.
6
Undang-Undang Malaysia
Meterai perbadanan bagi Perbadanan
Perbadanan itu hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan itu.
Tiada surat ikatan, suratan atau surat cara lain yang dimeteraikan dengan meterai Perbadanan itu boleh disifatkan telah dimeteraikan dengan sepatutnya melainkan jika—
meterai itu telah dicapkan di hadapan Sister Superior yang pada masa itu memegang jawatan, atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sepatutnya melalui suatu surat kuasa wakil yang didaftarkan di bawah Akta Surat Kuasa
Wakil 1949 [Akta 424]; dan
surat ikatan, suratan atau surat cara lain itu telah ditandatangani oleh Sister Superior tersebut yang pada masa itu memegang jawatan atau wakilnya yang diberi kuasa sedemikian seperti yang disebut terdahulu.
Penandatanganan itu hendaklah menjadi dan dianggap sebagai keterangan yang cukup mengenai pemeteraian sepatutnya akan surat ikatan, suratan atau surat cara yang lain itu.
Pemberitahuan pelantikan Sister Superior
Suatu pemberitahuan dalam Warta mengenai pelantikan mana-mana orang untuk memegang atau memangku jawatan Sister Superior of the Good Shepherd Nuns di Malaysia hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu telah diberi kuasa dan dilantik dengan sepatutnya.
Peletakhakan harta
Segala harta alih dan harta tak alih yang terletak di Malaysia yang sebelum ini dipegang untuk dan oleh, dipindahhakkan, diserahhakkan, diberikan, dipajakkan, dipindahkan hakmilik, dipindahkan kepada atau dengan cara lain diletakhakkan pada
Sister Superior of the Good Shepherd Nuns di Malaysia dengan ini diletakhakkan pada Perbadanan itu bagi maksud Akta ini dan tertakluk kepada kaedah-kaedah Perbadanan itu pada masa itu.
(Perbadanan) Good Shepherd Nuns 7
Kecualian hak
Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh menyentuh hak Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri atau hak mana-mana pertubuhan politik atau perbadanan atau hak mana-mana orang kecuali sebagaimana yang disebut dalam Akta ini dan orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawah mereka.
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 108
SENARAI PINDAAN
Undang-Undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
- TIADA -
(Perbadanan) Good Shepherd Nuns 9
Akta 108
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
- TIADA -
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.